| 27 Mei 2022 | Jumaat |
PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang telah selesai menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Gawai YPG 2022 di Dewan Terbuka Sekolah Agama Al-Imtiyaz, Taman Kota Puteri kepada 124 orang masyarakat Dayak, Sarawak yang terpilih.
Mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang dalam menyampaikan sumbangan kepada penerima adalah YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas.
Turut hadir menyertai sepanjang program ini berlangsung adalah Encik Guru Naidu A/L Subramaniam dan Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.
Semoga sumbangan yang diterima oleh penerima yang hadir hari ini dapat memberi seribu satu keceriaan dalam menyambut perayaan Hari Gawai yang akan tiba tidak lama lagi pada 1 Jun 2022 bersama keluarga dan saudara mara yang tersayang.
