Sempena meraikan perayaan Hari Deepavali yang akan disambut pada 4 November 2021, Yayasan Pasir Gudang hari ini telah menghulurkan sumbangan perayaan Hari Deepavali 2021 di Taman Rinting.
Seramai 100 orang penerima yang terpilih, berbangsa India bagi penduduk kawasan Zon Pasir Gudang telah menerima sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan untuk digunakan sebagai persediaan menyambut perayaan Hari Deepavali yang bakal tiba nanti.
Disempurnakan oleh Saudara Noor Azleen bin Ambros, Wakil Rasmi Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin bagi menyampaikan sumbangan kepada kesemua penerima.
Turut serta sepanjang sesi penyerahan ini berlangsung adalah Encik Krishnan A/L Muniandy, Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Pasir Gudang.