100 orang penerima berbangsa india yang terpilih serta menetap di kawasan Zon Tebrau juga tidak ketinggalan untuk menerima sumbangan sempena perayaan Hari Deepavali 2021 daripada Yayasan Pasir Gudang.
Sumbangan ini merupakan inisiatif Yayasan Pasir Gudang dalam membantu golongan keluarga yang kurang bernasib baik agar dapat meraikan perayaan yang bakal menjelma ini dengan penuh keceriaan.
Sesi penyerahan sumbangan di Zon Tebrau telah disempurnakan oleh Datuk Haji Maulizan Bin Bujang, ALPA YPG. Turut serta Encik Mahendran A/L Subramaniam, Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Tebrau.