Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang akan menganjurkan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN kepada penerima (pelajar) yang terbabit pada :
- Tarikh : 25 September 2023
- Hari : Isnin
- Masa : 10:00 pagi
- Lokasi : Dewan Serbaguna Taman Bukit Dahlia
Sedikit info mengenai wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN, ia merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.
Antara syarat-syarat pemberian wang pendahuluan pinjaman PTPTN adalah :
- Pelajar adalah warganegara Malaysia.
- Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP.
- Ibu bapa atau penjaga pelajar adalah penerima sumbangan Tunai Rahmah.
- Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
- Pelajar tidak mempunyai hutang wang pendahuluan pinjaman (WPP).
Jumpa anda di sana
#YayasanPasirGudang #PerbadananTabungPendidikanTinggiNasional #PTPTN
