MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PUSAT JAHITAN VIMKRISH TAILORING HOUSE

TAMAN RINTING | 12 April 2025: YB Tn Hj Baharuddin telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Jahitan Vimkrish Tailoring House di Jalan Meranti, Taman Rinting hari ini.

Pusat jahitan ini adalah kerjasama Yayasan Pasir Gudang dan Vimkrish Tailoring House dalam misi menjadi pusat latihan menjahit khususnya bagi kaum India. Pusat ini bakal menyediakan khidmat latihan dan kursus mampu milik dalam menyasarkan komuniti India yang berkemahiran dalam pembuatan pakaian perayaan terutamanya sari. Selain itu juga, peserta dapat mengambil tempahan orang ramai pada harga yang berpatutan.

Sebagai sokongan awal kepada idea ini, Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menyumbangkan mesin jahit industri bagi memudahkan latihan dan tempahan. Sumbangan ini bertujuan untuk memperkasakan operasi pusat jahitan tersebut dan memberi peluang kepada komuniti yang terlibat untuk mendapatkan latihan serta menjana pendapatan melalui kemahiran menjahit.  

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sentiasa menyokong pertumbuhan dan perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS) di Pasir Gudang. Komuniti di Pasir Gudang boleh mengemukakan idea-idea bagi dibangunkan bertujuan memberi pulangan kepada komuniti penduduk bagi kawasan pentadbiran PBT.

Semoga juga dengan usaha ini, Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dapat melahirkan barisan usahawan yang berjaya dan berbakti kepada masyarakat setempat.

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top