PASIR GUDANG | 12 Julai 2024 : Yayasan Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama YB Bahar & Perasmian Pusat Jahitan Komuniti Taman Rinting. 

Perasmian Pusat Jahitan Komuniti Taman Rinting telah disempurnakan sendiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. 

Pusat Jahitan ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditubuhkan oleh Yayasan Pasir Gudang untuk membantu golongan sasar yang mempunyai kemahiran dan juga teknikal dalam bidang pereka gaya. Bagi menjayakan program ini, pihak Yayasan Pasir Gudang telah menyediakan tempat dan kelengkapan peralatan jahitan yang lengkap untuk mereka beroperasi.

Antara jenis jahitan yang ditawarkan adalah jahitan pakaian wanita, jahitan pakaian lelaki, jahitan baju dan seluar, penukaran zip, tempahan langsir dan juga potongan jubah.

Tujuan Pusat Jahitan ini ditubuhkan adalah untuk membantu mereka mengasah kemahiran yang sedia ada serta membuka peluang pekerjaan dan secara tidak langsung dapat membantu mereka menambahkan pendapatan bulanan. Selain itu, inisiatif ini juga dapat dijadikan sebagai platform bagi mereka untuk memperluaskan lagi idea dan kreativiti lokal kepada dunia.

Turut serta memeriahkan Majlis Ramah Mesra bersama YB Bahar dan Perasmian Pusat Jahitan Komuniti Taman Rinting adalah Puan Rafiah bin Muhammad, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Puan Shahriah binti Ismail dan Puan Vimala a/p Iyappan selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. 

Tidak lupa juga, Encik Mohammad Alhad bin Ngadimon, Ketua Kampung Kg Kuala Masai dan Tuan Haji Daud bin Saad sebagai Ketua Kampung Pasir Gudang Baru. 

🔥Ikuti kami di@yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top