PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang pada 8 Julai 2023 (Sabtu) telah selesai melaksanakan Majlis Serahan Bantuan Usahawan Muda dan Potongan Rambut Percuma di Kedai Pisau Cukur Barbershop dan Surau Ar-Rahman, Jalan Molek 3/19, Taman Molek.
Majlis Serahan Bantuan Usahawan Muda dan Potongan Rambut Percuma ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.
Sepanjang majlis ini berlangsung, Alhamdulillah seramai 61 orang secara keseluruhan dari kalangan penduduk masyarakat di kawasan Taman Molek dan warga Pasir Gudang telah hadir memeriahkan majlis bagi mendapatkan potongan rambut secara percuma.
Ada diantara ibu bapa yang hadir telah membawa anak-anak masing-masing bagi mendapatkan potongan rambut disamping beramah mesra bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib.
Mereka berpendapat bahawa majlis sebegini sangatlah membantu ibu bapa terutama bagi anak-anak yang masih di bangku persekolahan dan mereka meluahkan rasa gembira dengan apa yang dianjurkan oleh Yayasan Pasir Gudang kerana sentiasa mendekati penduduk Pasir Gudang.
Diakhir majlis, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib telah menyampaikan bantuan usahawan muda kepada Encik Muhammad Adha bin Mohd Souhaini selaku pemilik Kedai Pisau Cukur Barbershop sebagai tanda sokongan dan galakkan kepada beliau agar berkembang pesat dan bertambah maju perniagaan potongan rambut miliknya di masa hadapan.
YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib juga berkesempatan menghulurkan sumbangan fidyah beras dari pihak Surau Ar-Rahman kepada penerima yang tinggal di kawasan perumahan Rumah Pangsa Taman Molek.
Turut hadir adalah Encik Yong Kok Leong, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.
#YayasanPasirGudang
#BantuanUsahawanMuda
#PotonganRambutPercuma
#TamanMolek

