PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang telah selesai melaksanakan Majlis Serahan Program Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta Booster Super Mumtaz #40 Yayasan Pasir Gudang.

Sepanjang majlis ini berlangsung, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap selaku Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah hadir meluangkan masa beliau untuk menyempurnakan majlis ini bagi menjayakan sesi penyerahan sumbangan kepada penerima terpilih.

Majlis ini telah dibahagikan kepada dua slot yang berbeza iaitu serahan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta Booster Super Mumtaz #40 Yayasan Pasir Gudang.

Bagi sesi serahan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, seramai 38 orang penerima terpilih telah berjaya diterima permohonan bagi fasa 4, tahun 2022 yang lalu (samada melalui laman portal Yayasan Pasir Gudang atau borang permohonan) telah hadir bagi menerima sumbangan.

Ada diantara penerima (pelajar) telah diwakili oleh ibu bapa untuk menerima bantuan ini disebabkan sesi pembelajaran di Universiti telah berlangsung.

Manakala bagi program Booster Super Mumtaz #40 Yayasan Pasir Gudang, seramai 16 orang pelajar-pelajar SPM yang terpilih telah dijemput hadir bagi meraikan kejayaan dan kecemerlangan yang telah mereka perolehi dalam Peperiksaan Percubaan SPM bagi tahun 2023 baru-baru ini dengan memperoleh keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 6A dan ke atas.

Mereka juga merupakan antara 40 orang pelajar-pelajar SPM cemerlang yang terlibat dalam program Super Mumtaz #40 Yayasan Pasir Gudang yang masih lagi berlangsung.

Antara tujuan utama majlis ini dilaksanakan adalah untuk menyuntik semangat mereka untuk terus mengecapi kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa mendatang, membantu serba sedikit meringankan beban para-para ibu bapa dalam tanggungan pendidikan anak-anak serta ingin melihat dan melahirkan lebih ramai warga Pasir Gudang yang berjaya dalam pelajaran sekaligus melanjutkan pengajian ke menara gading.

Turut hadir adalah Puan Surieyani binti Samsudin, (Timbalan Sektor Pembelajaran, PPD Pasir Gudang), Tuan Haji Kuswandi bin Tayen, (PPD Pasir Gudang), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Pengetua Sekolah, serta Ketua Kampung.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top