PASIR GUDANG : 7 buah kediaman telah mengalami kerosakan susulan kejadian hujan ribut yang melanda di kawasan *Zon Cahaya Baru* pada semalam.
Kejadian hujan ribut yang lebat ini telah mengakibatkan kerosakan pada bumbung kediaman. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan terlibat.
Sumbangan Ihsan Bencana Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG. Turut hadir Puan Rapenah Binti Ali, Ahli Majlis MBPG (Zon Cahaya Baru/Tg Langsat).