[ 12 Oktober 2021 | Selasa ]
Semalam, pada 11 Oktober 2021 telah berlakunya kebakaran rumah melibatkan keluarga Encik Mohd Sahabudin Bin Kasmadi di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai sekitar waktu 2:00 pagi.
Ketika kejadian, Encik Sahabudin berada di luar rumah sedang berehat terdengar bunyi kaca pecah di bahagian dapur rumahnya.
Maka, beliau bergegas ke ruangan dapur untuk melihat keadaan dan didapati bahawa api sudah membara naik di kawasan penyedut asap dapurnya. Api bergeraj terlalu cepat merebak ke seluruh kawasan dapurnya.
Pihak bomba tiba di rumah Encik Sahabudin sekitar waktu 2:30 pagi dan telah berjaya memadamkan kebakaran di kawasan dapurnya daripada terus merebak ke kawasan yang lain.
Namun, kawasan dapur, bilik air dan bilik di kawasan atas dapur telah mengalami kerosakan harta benda. Punca kebakaran masih berada di bawah siasatan pihak berkuasa.
Syukur kerana tiada nyawa yang terkorban semasa kebakaran berlaku. Encik Sahabudin sekeluarga telah menumpang di rumah jiran buat sementara waktu.
Sumbangan bantuan ihsan bencana kebakaran Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh Puan Tan Geck Hey, Ahli Majlis MBPG (Zon Kota Masai 3).
Semoga keluarga Encik Sahabudin tabah mengharungi ujian yang menimpanya.