PASIR GUDANG, 11 November 2021 (Khamis) :
 
Hari ini, Yayasan Pasir Gudang telah turun ziarah ke Rumah Pangsa Jalan Pelanduk, Taman Scientex untuk melawat Keluarga Encik Rahmat Bin Kassim, mangsa rumah terbakar yang berlaku pada semalam (10 November 2021) sekitar jam 2:30 petang.
 
Mangsa iaitu Encik Rahmat berkata bahawa ketika kejadian kebakaran berlaku, beliau dan isteri tiada di rumah atas urusan kerja manakala anak-anaknya berada di luar rumah ketika waktu tersebut.
 
Jiran tetangga telah membantu menghubungi pihak bomba ketika kejadian berlaku sementara menunggu Encik Rahmat tiba ditempat kejadian. Kebakaran telah berjaya dipadamkan sekitar jam 3:20 petang.
 
Walau bagaimanapun, kediaman dan harta benda Encik Rahmat tidak dapat diselamatkan dan musnah sepenuhnya.
Siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa punca utama kebakaran berlaku disebabkan litar pintas. Kini, beliau sekeluarga menetap sementara waktu di rumah kakaknya.
 
Sumbangan ihsan bencana Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh Puan Hajah Haryati Binti Ismail, Ahli Majlis MBPG (Zon Scientex 1). Turut hadir menyerahkan sumbangan Encik Noor Azleen Bin Ambros, Ahli Majlis MBPG (Zon Scientex 2).
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top