9 Januari 2022 | Ahad |

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang telah selesai melawat 2 buah keluarga mangsa kebakaran rumah di kawasan Taman Kota Masai dan Kg Cahaya Baru.

( Mangsa kebakaran rumah pertama )

Di Jalan Ciku, Taman Kota Masai iaitu Encik Luping Lee yang mengalami nasib rumah terbakar pada 8 Januari 2022 sekitar jam 8:30 pagi.

Ketika kejadian berlaku, kesemua ahli keluarga sedang tidur dan mula menyedari apabila terbau asap kebakaran di bahagian dapur rumah.

Disebabkan kebakaran bermula dari bahagian dapur rumah, kawasan tersebut musnah sepenuhnya dan juga bahagian ruang tamu turut terkesan.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa terlibat dan punca kebakaran sebenar masih di bawah siasatan pihak berkuasa.

( Mangsa kebakaran rumah kedua )

Di Jalan Damai Utama, Kg Cahaya Baru iaitu Encik Abdul Jalil Bin Daman yang menerima nasib rumah terbakar pada 9 Januari 2022 pada jam 8:30 pagi.

Ketika kejadian kebakaran berlaku, kesemua ahli keluarga tiada di rumah kerana sedang bekerja di kebun miliknya.

Pada 10:30 pagi, beliau telah menerima panggilan dari jiran tetangga mengatakan bahawa rumah beliau mengalami kebakaran.

Pihak bomba tiba di kawasan kebakaran dan telah berjaya memadamkan kesemua api yang membakar rumah beliau.

Namun, harta benda dan rumah beliau tidak berjaya diselamatkan dan musnah sepenuhnya.

Kesemua mangsa rumah terbakar yang menerima lawatan daripada Yayasan Pasir Gudang telah menerima sumbangan tabung bencana Yayasan Pasir Gudang yang disampaikan oleh Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG bersama Ahli Majlis MBPG ( Zon Cahaya Baru/ Tg Langsat ), Puan Rapenah Binti Ali.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top