Yayasan Pasir Gudang sebentar tadi juga telah singgah memberi bantuan bakul makanan dan serahan wang tunai kepada Saudara Ivan bin Zulkeflee di Taman Scientex. Serahan sumbangan ini diberi bagi meringankan bebanan keluarga.
Beliau menghidapi derita melecur akibat terkena percikan asid bahan kimia sewaktu menjalankan kerja pada 16 Januari 2021 yang lalu. Percikan asid tersebut terkena pada beliau dan menyebabkan melecur terutama di bahagian muka dan kaki manakala kesan yang paling teruk adalah di bahagian peha sebelah kiri. Akibat kejadian ini, beliau dimasukkan ke Hospital Penawar untuk mendapatkan rawatan pada mulanya dan kini sedang menjalankan operasi tampal kulit baru di bahagian peha kiri di Hospital Sultanah Ismail (HSI).
Yayasan Pasir Gudang mendoakan Saudara Ivan kembali sihat dan dipermudahkan segala urusan pada waktu PKP ini. Serahan tadi disampaikan oleh Saudara Noor Azleen Ambrose, Ahli Majlis MBPG Zon Scientex 2.