Nor Syahida Binti Saad dan Nurul Afiqah Binti Mehadi merupakan antara 226 orang anak Pasir Gudang yang telah berjaya dipilih untuk menerima Bantuan Pendaftaran IPT Awam & Swasta Yayasan Pasir Gudang bagi tahun 2020. Bantuan Pendaftaran IPTA/S merupakan pemberian sumbangan tunai ‘one-off’ RM 300 bagi setiap pelajar yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda pertama di sama ada di institut awam atau swasta.

Sumbangan ini juga diberikan sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka khususnya anak-anak muda Pasir Gudang yang berjaya menempatkan diri di alam universiti. Selain itu, bantuan ini dapat digunakan bagi meringankan sedikit kos perbelanjaan pendaftaran atau kos pembelian barangan keperluan seperti buku dan alatan-alatan universiti.

Seperti yang dikatakan oleh Saudari Nor Syahida Binti Saad dan Saudari Nurul Afiqah Binti Mehadi, beliau berkata bahawa bantuan sebegini banyak membantu mereka dari segi barangan keperluan seperti buku dan sebagainya. Sebagaimana yang mereka ketahui, kos urusan di universiti agak mahal, maka bantuan sebegini dapat membantu mereka untuk membeli buku serta digunakan untuk pembelian barangan keperluan yang lain.
 
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top