Program Nursing Home Visit akan bermula 25 Januari 2022 yang akan dimulakan di beberapa lokasi penduduk sekitar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Ia merupakan program kerjasama di antara Yayasan Pasir Gudang dan KPJ Johor Specialist Hospital.
Yayasan Pasir Gudang telah mengenalpasti beberapa rumah pesakit-pesakit kronik yang boleh disantuni oleh KPJ Johor Specialist Hospital.
Para-para doktor dan jururawat terlatih akan melakukan lawatan secara terus ke rumah pesakit untuk memberikan konsultasi dan rawatan ringan secara percuma kepada pesakit yang terpilih.
Antara aktiviti dan rawatan yang akan dijalankan semasa berada di rumah pesakit adalah :
1. Saringan kesihatan
2. Konsultasi kesihatan
3. Rawatan pemulihan luka
4. Pemberian ubat-ubatan (sekiranya perlu)
Program ini juga merupakan salah satu inisiatif buat para doktor bagi menabur khidmat bakti sekaligus membantu meringankan beban pesakit yang sukar mendapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital.