PASIR GUDANG : Program Nursing Home Visit diteruskan lagi, dan kali ini bertemu dengan adik Mohammad Sollehin Bin Mohd Zaid di Jalan Anggerik, Peringkat 2, Kg Cahaya Baru.

Adik Sollehin merupakan pesakit kronik yang mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala, patah di bahu kanan serta pada tulang tengkuk disebabkan kemalangan yang menimpanya iaitu beliau terjatuh dari bumbung rumah selepas membaikinya pada 31 Disember 2020.

Beliau pernah ditahan di hospital selama 26 hari, sakit terlantar berpanjangan di rumahnya serta perlu memakai mesin sedut kahak setiap masa ketika awal kejadian kemalangan.

Alhamdulillah, kini beliau semakin pulih dari segi fizikal dan mampu makan seperti biasa, namun ingatan dan kaki beliau untuk bergerak belum pulih sepenuhnya.

Profesor Doktor Rashidi Bin Ahmad dari KPJ Johor Specialist Hospital telah melakukan pemeriksaan kesihatan, sesi konsultasi dan membawa pakar fisioterapi untuk menunjuk ajar kaedah fisioterapi yang boleh dilakukan secara kendiri di rumah kepada keluarga adik Sollehin.

Turut hadir adalah Encik Mohd Azhar Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Johor Specialist Hospital serta selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

SEDUTAN NURSING HOME VISIT

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top