PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang berkesempatan melawat pesakit kronik iaitu Encik Anwar Bin Mohamad di Jalan Bayu 14, Bandar Seri Alam bagi program Nursing Home Visit.

Encik Anwar merupakan pesakit kronik yang menghidap komplikasi pada bahagian saluran hati, di mana terdapat batu yang menyekat pada saluran tersebut.

Pada bulan Disember 2021, beliau telah menjalani pembedahan pembuangan hempedu. Selepas 5 hari pembedahan berjaya dilaksanakan, beliau mengalami sesak nafas dan perut membesar.

Doktor pakar mengesan bahawa terdapat cecair yang terkumpul pada bahagian perut beliau dan ini menyebabkan beliau terpaksa ditidurkan sementara di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pembedahan semula terpaksa dijalankan bagi mengeluarkan cecair di perut beliau, namun tidak dijahit semula disebabkan usus beliau mengalami jangkitan kuman dan hanya melakukan rawatan cuci luka pada bahagian tersebut.

Tekak beliau pula ditebuk sebagai saluran pernafasan ketika di wad Unit Rawatan Rapi dan sehingga kini masih digunakan. Disebabkan beliau terlantar agak lama, bahagian belakangnya mengalami luka.

Alhamdulillah, kini beliau beransur pulih dan luka pembedahan di bahagian perutnya semakin menunjukkan tanda positif dan baik semasa sesi Nursing Home Visit dilakukan di kediaman beliau.

Profesor Doktor Rashidi Bin Ahmad, Perunding Pakar Kecemasan KPJ Johor Specialist Hospital telah memberikan sesi konsultasi, nasihat dan kata-kata semangat buat beliau agar terus kuat dalam melawan penyakit kronik yang dihadapinya.

Turut hadir adalah Encik Mohd Azhar Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Johor Specialist Hospital selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang

SEDUTAN NURSING HOME VISIT

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top