| 25 Januari 2022 | Selasa |

PASIR GUDANG : Sesi pertama program Nursing Home Visit telah dimulai dengan melawat Encik Mat Yen Bin Abdullah di Perjiranan 8, Taman Air Biru.

Encik Mat Yen merupakan pesakit kronik strok di bahagian sebelah kiri badannya. Beliau juga merupakan pesakit kencing manis dan kesannya menyebabkan jari tengah kaki kanannya terpaksa dipotong.

Buat masa kini, beliau boleh berjalan, namun memerlukan bantuan tongkat sebagai sokongan untuk bergerak dan akan melakukan rawatan cuci luka jari kakinya di Klinik Wakaf Pasir Gudang.

Semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh Profesor Doktor Rashidi Bin Ahmad, Pakar Perunding Kecemasan, KPJ Johor Specialist Hospital ke atas Encik Mat Yen, Doktor Rashidi mendapati bahawa Encik Mat Yen juga mempunyai masalah pernafasan pada bahagian paru-paru.

Salah satu paru-paru Encik Mat Yen tidak berfungsi dengan baik apabila proses pernafasan berlaku dan beliau dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan paru-paru secara sinar-x di hospital dengan kadar segera.

Sepanjang sesi ini berlangsung, saringan kesihatan, konsultasi kesihatan dan rawatan pemulihan luka telah dilaksanakan ke atas Encik Mat Yen.

SEDUTAN NURSING HOME VISIT : EN. MAT YEN

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top