10 September 2021 [Jumaat] :

Yayasan Pasir Gudang telah berjaya mengagihkan dan menguruskan bantuan “one-off” RM500 daripada kerajaan negeri Johor kepada peserta e-Kasih yang terpilih daripada senarai e-Kasih di bawah kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang dikelolakan oleh Pejabat Daerah Negeri Johor.

Seramai 709 orang penerima e-Kasih telah menerima bantuan ini. Namun, disebabkan peningkatan kes pandemik Covid-19, kaedah agihan telah dilaksanakan dengan dua cara yang berbeza :

1. Seramai 455 orang penerima e-Kasih telah menerima bantuan ini secara Electronic Fund Transfer (EFT).

2. Seramai 254 orang penerima e-Kasih telah menerima bantuan ini secara tunai.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top