Yayasan Pasir Gudang

PENGENALAN Yayasan PASIR GUDANG

Yayasan Pasir Gudang telah ditubuhkan pada 03 Oktober 2013 dibawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258]. Tujuan utama Yayasan Pasir Gudang ditubuhkan adalah untuk membasmi kemiskinan di kawasan Pasir Gudang. 

” Mewujudkan sebuah Yayasan bagi menggalakkan syarikat-syarikat industri terutamanya di sekitar kawasan Perindustrian Pasir Gudang yang berminat untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab korporat sosial (CSR) dengan menyumbang dana dari sebahagian keuntungan syarikat masing-masing ke satu badan yang berdaftar. ” 

Dana yang diterima akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan mengikut kelompok atau kluster yang telah ditetapkan seperti Pendidikan, Kebajikan, Keceriaan dan Kesejahteraan, Kesihatan dan Ekonomi. Penerima menerima pelbagai bentuk sumbangan sama ada dari segi wang ringgit, keperluan harian atau melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Pasir Gudang.

Rakan Strategik

Kebaikan lebih di nikmati dengan sokongan daripada syarikat yang ingin bekerjasama dalam menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat di Pasir Gudang. 

Oleh yang demikian,  Yayasan Pasir Gudang sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama pelbagai sektor yang sesuai dengan kluster tumpuan kami iaitu Pendidikan, Ekonomi, Kemahiran dan Keusahawanan, Kesihatan, Kebajikan, Keceriaan dan Kesejahteraan. Program dan bantuan yang di rancang perlu memberikan impak untuk kepentingan komuniti Pasir Gudang.  

Yayasan Pasir Gudang berterima kasih kepada mereka yang telah bersama-sama kami menyumbang wang ringgit, tenaga dan material bagi menjayakan hasrat murni ini. Berhubung dengan Yayasan Pasir Gudang sekiranya anda ingin bekerjasama untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada penduduk di Pasir Gudang

Let's Chat
Scroll to Top
preloader