Rumah penerima Komuniti India sekitar Bandar Seri Alam dan Taman Cendana serta beberapa rumah penerima lain di kawasan Taman Pasir Putih dan Tanjung Puteri digerakkan pada hari ini bagi menerima Bakul Bantuan Makanan Yayasan Pasir Gudang.
Antara reaksi para penerima, mereka berasa gembira dan bersyukur kerana berpeluang mendapatkan bantuan makanan terutama di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada di antara mereka diberhentikan kerja dan akibat daripada keadaan ini menyulitkan urusan makan dan minum keluarga. Dengan adanya bantuan ini, mereka dapat bertahan buat sementara.
Sesi penyerahan ke rumah masyarakat India telah diagihkan oleh Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. Manakala bagi kawasan Taman Pasir Putih dan Tanjung Puteri telah diagihkan oleh Tuan Haji Herman Irmadi, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang dan Tuan Haji Azizul, Ahli Majlis MBPG.
