Bakul Bantuan Makanan pada hari ini telah diserahkan ke rumah sebahagian penerima masyarakat Cina yang dipilih dari kawasan di Pasir Gudang manakala bagi agihan kumpulan kedua bergerak di kawasan Taman Desa Rakyat Perdana.
 
Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka meringankan sedikit bebanan dan keperluan terutama di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar pandemik Covid-19 ini segera tamat dan aktiviti ekonomi dapat kembali pulih seperti sebelumnya.
 
Sesi penyerahan ke rumah penerima masyarakat Cina dilakukan oleh Encik Yong Kok Leong, Lembaga Pemegang Amanah. Manakala bagi kawasan Taman Desa Rakyat Perdana telah diagihkan oleh Saudara Nazri Bin Tangis, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.
 
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top