Sesi agihan Bakul Bantuan Makanan pada hari ini telah berjaya diserahkan kepada beberapa penerima secara rumah ke rumah yang menduduki di kawasan Taman Nusa Damai dan Sungai Tiram. Penyerahan Bakul Bantuan Makanan telah berjaya dilaksanakan bermula 18 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 (hari ini).
 
Penyerahan Bakul Bantuan Makanan pada hari ini di Kawasan Taman Nusa Damai diserahkan oleh Encik Nooraizam Bin Rowaji, Ahli Majlis MBPG.
 
Yayasan Pasir Gudang berterima kasih kepada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Ahli Majlis MBPG dan sukarelawan yang turut membantu dan bekerjasama dalam mengagihkan Bakul Bantuan Makanan ini kepada penerima terutama sekali kepada yang kurang berkemampuan dan menghadapi kesulitan akibat terkesan dengan wabak covid-19. SOP dan penjarakan sosial tetap dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak covid-19 sepanjang sesi agihan dilakukan.
 
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top