Yayasan Pasir Gudang akan memulakan misi penyerahan Bantuan Bakul Makanan Pasir Gudang kepada setiap penerima bantuan pada tarikh 18 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
 
Penyerahan bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan kaedah ‘door to door’ atau penghantaran terus ke rumah penerima. Kaedah ini dilaksanakan bagi memastikan dapat mengekang penularan wabak Covid-19 dan juga mematuhi SOP sepanjang PKP berlangsung.
 
Bantuan Bakul Makanan Pasir Gudang ini akan disalurkan bagi membantu penduduk yang berada dalam kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang memerlukan. Sebanyak 300 bakul makanan yang mengandungi pek makanan berserta beras akan dihantar ke setiap penerima yang terpilih.
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top