PENYERAHAN BANTUAN BAKUL MAKANAN & WANG TUNAI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA ( PASIR GUDANG )
PASIR GUDANG | 21 Januari 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Puan Chan San San dan Encik Guru Naidu a/l Subramaniam telah berjaya menyempurnakan pengagihan bakul makanan berserta wang tunai bersempena perayaan Tahun Baru Cina di sekitar PDK Johor Jaya dan Tasek 64.
Berikut adalah merupakan insiatif daripada Yayasan Pasir Gudang untuk saling berkongsi keceriaan dan kegembiraan terhadap komuniti setempat dengan mengagihkan bantuan sempena Tahun Baru Cina kepada golongan sasar yang berada di dalam Pasir Gudang.
Yayasan Pasir Gudang berharap dengan adanya sumbangan bantuan bakul makanan serta wang tunai tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu mereka membuat persiapan dan meraikan perayaan bersama keluarga dengan gembira.
🔥 ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin



