PASIR GUDANG | 17 April 2023 :

Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah selesai menziarahi mangsa bencana ribut di kawasan Perumahan Pangsa Taman Desa Rakyat Perdana.

7 buah keluarga (7 kediaman) di kawasan blok I dan Blok J telah mengalami nasib yang kurang baik apabila dilanda bencana ribut di kediaman mereka yang terjadi bermula sekitar waktu 3:30 petang sehingga 4:00 petang pada 16 April 2023 (Ahad).

Kejadian ini bermula bukan seperti kejadian yang terbiasa jadi iaitu bermula dengan hujan lebat dan diikuti dengan angin ribut yang kencang. Namun, ia bermula secara terus dan tiba-tiba dilanda angin ribut yang sangat deras di kawasan perumahan blok I dan J.

Hal ini mengakibatkan sebahagian kediaman di tingkat aras teratas seperti bahagian bumbung telah terbang dan tercabut serta memberi kesan yang besar terhadap kawasan ruangan tamu kediaman mangsa.

Hal ini berkemungkinan terjadi kerana angin telah bertiup bermula di kawasan aras bawah dan telah naik secara drastik di kawasan tingkat atas yang menyebabkan 7 buah kediaman mengalami kerosakan harta benda di kediaman masing-masing.

Buat masa kini, mereka ditempatkan sementara di Dewan Terbuka Taman Desa Rakyat Perdana untuk berteduh bersama keluarga masing-masing sementara mencari rumah sewa di kawasan terdekat.

Apabila melihat situasi mangsa bencana ribut dan perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi, YB Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib mengambil inisiatif untuk membantu sedaya upaya menyediakan rumah transit (sementara) di kawasan Taman Air Biru buat kesemua mangsa yang terlibat bagi memudahkan urusan harian dan persiapan mereka nanti untuk Hari Raya Aidilfitri sementara menunggu proses baik pulih kediaman selesai.

YB Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib juga mengambil kesempatan untuk menghulurkan sumbangan wang ihsan bencana Yayasan Pasir Gudang kepada 7 buah keluarga secara keseluruhan yang terlibat dalam kejadian bencana ribut.

Di akhir kunjungan, YB Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib mendoakan agar segala urusan mereka yang terbabit dipermudahkan dari segi baik pulih kediaman dan diberikan ketabahan dalam mengharungi ujian yang mereka hadapi terutama di waktu yang sangat dekat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir adalah Encik Nooraizam bin Rowaji (Ahli Majlis MBPG, Zon Desa Rakyat Perdana).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top