[ 1 Mei 2021, Sabtu ] Hari ini, di Masjid An-Nur Taman Cendana telah berlansungnya program Jalinan Ukhuwah, Majlis Penyampaian Sumbangan, Tadarus dan Berbuka Puasa Sempena Nuzul Al-Quran.

Mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang merasmikan program ini adalah Dato’ Haji Mohd Amin Bin Ahmad, Ahli Majlis MBPG.

Terdapat 3 sumbangan sepanjang program ini dilaksanakan iaitu :

1. Sumbangan daripada Yayasan Pasir Gudang kepada 300 orang penerima berupa sedikit wang tunai dan beras kepada golongan memerlukan dalam penempatan Taman Cendana.

2. Sumbangan Zakat Hari Raya daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Johor, MAIJ kepada 300 orang keluarga penerima golongan asnaf dalam Qariah Masjid An-Nur Taman Cendana.

3. Sumbangan Gerobok Prihatin daripada Masjid An-Nur Taman Cendana kepada 300 orang keluarga penerima berupa barangan keperluan asas makanan.

Semoga pemberian ini dapat menceriakan suasana penerima sepanjang menyambut bulan ramadhan dan syawal yang bakal menjelma.

Turut hadir sesi penyampaian sumbangan hari ini adalah Tuan Haji Imam Mohd Shafiee Bin Abdul Rahman, Pengerusi Masjid An-Nur Taman Cendana.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top