PENYERAHAN SUMBANGAN PERAYAAN YAYASAN PASIR GUDANG SEMPENA HARI GAWAI 2025
PASIR GUDANG | 18 Mei 2025: Tuan Haji Razani bin Abdul Rauf, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perayaan Yayasan Pasir Gudang sempena Hari Gawai 2025.
Dengan sokongan maklumat latar belakang keluarga dan komuniti, seramai 100 orang penerima dari sekitar Pasir Gudang telah dipilih untuk menerima sumbangan berupakan wang tunai dan barangan dapur.
Berikut adalah merupakan saranan dan usaha YB Bahar melalui Yayasan Pasir Gudang untuk berkongsi keceriaan dan secara tidak langsung membantu mereka membuat persiapan menyambut perayaan Hari Gawai yang akan tiba tidak lama lagi.
Yayasan Pasir Gudang berharap dengan sedikit bantuan dan sokongan yang telah dihulurkan dapat mengurangkan beban mereka untuk meraikan hari perayaan bersama keluarga tercinta.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin





