Penyerahan Sumbangan Wakaf Katil Pesakit

PASIR GUDANG :

Pada 22 September 2022 (Khamis), Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menyerahkan sumbangan wakaf katil pesakit kepada pesakit kronik iaitu Encik Jamal bin A.Karim di Jalan Nangka, Lorong 6, Kg Plentong Baru.

Encik Jamal merupakan pesakit kronik yang diuji dengan sakit terlantar disebabkan penyakit strok di bahagian seluruh sebelah kiri badannya.

Oleh sebab beliau tidak mampu bergerak dan terlantar sakit sepanjang masa di kediaman beliau, Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan sumbangan katil pesakit yang telah diwakafkan oleh pemberi sumbangan Yayasan Pasir Gudang untuk kegunaan Encik Jamal.

Yayasan Pasir Gudang juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah menyalurkan sumbangan kepada pihak Yayasan Pasir Gudang untuk digunakan dalam membantu pesakit mahupun golongan yang memerlukan bantuan diluarsana.

Penyerahan sumbangan katil pesakit ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Azlan bin Sulong, selaku Ahli Majlis MBJB.

Semoga Encik Jamal diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam mengharungi dugaan yang menimpa dirinya.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top