Pada tengahari tadi, Yayasan Pasir Gudang diwakili oleh Tuan Haji Baharuddin Taib, Ketua Whip Ahli Majlis MBPG berkunjung ke Kampung Pertanian, Masai untuk menziarahi mangsa hujan ribut dua hari lepas.

Kejadian ribut di Kampung Pertanian, Masai telah mengakibatkan kerosakan bumbung 25 kediaman penduduk di situ. Beberapa rumah mengalami kerosakan teruk manakala sebahagian lagi kerosakan kecil. Kerja-kerja baikpulih kediaman tersebut sedang giat dilaksanakan memandang kerisauan penduduk jika hujan melanda.

Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan wang ihsan bencana kepada kediaman terlibat. Wang tersebut diserahkan kepada wakil mangsa bencana, Datuk Irwadi Hj Ibrahim bagi disegerakan pembaikan. Kos selebihnya akan ditampung oleh beliau.

Yayasan Pasir Gudang turut bersimpati dan mendoakan agar keluarga yang terlibat bersabar di atas dugaan yang terjadi. Semoga jua usaha bersama-sama ini dapat meringankan bebanan sedia mereka.

Turut hadir, Imam Md Yazid Derus, Ketua Kg Baru Masai, Saudara Khairul Azlan.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top