PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama jawatankuasa penduduk komuniti Tasek 64 telah menubuhkan sebuah Pusat Jahitan Komuniti Tasek 64 di Balai Serbaguna Blok V, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam.

Pusat Jahitan Komuniti Tasek 64 ini telah disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Pengasas Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Sebagaimana yang kita ketahui, Pusat Jahitan Komuniti Tasek 64 ini ditubuhkan adalah sebagai satu usaha Yayasan Pasir Gudang dalam membantu golongan sasar yang mempunyai kemahiran dan teknikal yang baik dalam menjahit tetapi tidak mempunyai kelengkapan peralatan menjahit dengan menyediakan tempat dan peralatan menjahit percuma kepada mereka yang terlibat.

Bantuan dan usaha sebegini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kemahiran dan teknikal para penjahit, bahkan dapat membantu menambahkan pendapatan dan ekonomi mereka serta mampu memasarkan produk-produk jahitan yang dihasilkan dengan lebih luas di luarsana samada secara atas talian mahupun secara bersemuka.

Antara jenis-jenis jahitan yang ditawarkan adalah jahitan pakaian wanita, jahitan pakaian lelaki, jahitan baju dan seluar, penukaran zip, tempahan langsir dan juga potongan jubah.

Turut serta memeriahkan program perasmian Pusat Jahitan Komuniti Tasek 64 adalah Encik Noor Azleen bin Ambros (Ahli Majlis MBPG Zon Cendana), Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, Encik Yong Kok Leong dan Puan Shahriah binti Ismail (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang) serta ketua-ketua Kg.

KHIDMAT YANG DITAWARKAN

SEDUTAN BERITA PUSAT JAHITAN KOMUNITI TASEK 64

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top