Matlamat utama program Subsidi Perkhidmatan Gunting Rambut Percuma ini adalah menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma terhad untuk caj potongan RM 15 sahaja di kedai terpilih. Yayasan Pasir Gudang telah menaja dengan pemberian baucar atau kupon bersasar.
Program Subsidi Pekhidmatan Gunting Rambut Percuma telah dilaksanakan pada bulan November 2020 sehingga Februari 2021. Pada bulan November 2020, 91 orang telah menggunakan subsidi ini dan mempunyai jumlah kos RM 1,365. Manakala pada bulan Disember 2020 sehingga Februari 2021, seramai 909 orang menggunakan subsidi ini dan mempunyai jumlah kos RM 13,635. Oleh yang demikian, jumlah kos keseluruhan adalah RM 15,000 bagi 1,000 orang penerima subsidi.