PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang pada 11 Jun 2022 (Sabtu) juga berkesempatan menjalankan program Bual Bicara Usahawan Ekonomi Rakyat, ERA di tingkat 2, BZ Restoran, Jalan Tembusu, Taman Rinting.

Seramai 18 orang usahawan terpilih daripada Projek Ekonomi Rakyat 2021 yang lalu telah hadir untuk mengikuti program bual bicara yang bertajuk ” bagaimana ingin menjadi usahawan yang hebat dan berdaya saing di pasaran luar “.

Penceramah jemputan bagi sesi bual bicara ini adalah Encik Yong Kok Leong, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Turut serta bersama-sama usahawan sepanjang program ini berlangsung adalah Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top