[ 3 April 2021 ] Hari ini telah dijalankan Program Santuni Asnaf Pasir Gudang anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Puspanita MBPG, Yayasan Pasir Gudang dan Pertubuhan Kebajikan GAMIS Selangor dan Kuala Lumpur di Dewan Serbaguna Taman Cendana.
Yayasan Pasir Gudang memilih 50 penerima asnaf untuk menerima bantuan dalam program ini. Puspanita MBPG dan GAMIS menghulurkan bantuan barang keperluan, manakala Yayasan Pasir Gudang menyumbang wang ihsan kepada setiap penerima yang terbabit.
Hadir bagi penyampaian bantuan ini adalah Datin Halimah binti Mohamed Rasip, Pengerusi PUSPANITA MBPG.