| 11 April 2022 | Isnin |

PASIR GUDANG : Program “Iftar Jamaei, Imarah Tarawih” bersama Datuk Bandar Pasir Gudang telah mula dilaksanakan pada 10 April 2022, Ahad yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ini yang melibatkan 25 buah masjid dan surau di 24 zon penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman selaku Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah meluangkan masanya bersama qariah Masjid Seri Alam, Bandar Seri Alam (Zon Seri Alam 1) untuk berbuka puasa dan solat maghrib bersama. Manakala solat terawih pula telah diadakan di Masjid Al-Falah, Bandar Seri Alam (Zon Seri Alam 2) bagi hari pertama program.

Disamping program “Iftar Jamaie dan Imarah Tarawih” bersama Datuk Bandar dilaksanakan, sumbangan bakul makanan kepada 10 orang golongan asnaf terpilih bagi setiap zon kawasan turut akan disalurkan kepada setiap masjid dan surau yang terlibat.

Turut hadir menjayakan program adalah Encik Abd Aziz bin Abdullah, Ahli Majlis MBPG (Zon Seri Alam 1) dan Encik Cia Chow Hui, Ahli Majlis MBPG (Zon Seri Alam 2).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top