| 12 April 2022 | Selasa |

PASIR GUDANG : Program “Iftar Jamaei, Imarah Tarawih” bersama Datuk Bandar Pasir Gudang bersempena Ramadhan untuk hari ke-2 pada 11 April 2022, Isnin telah selesai dijalankan di 2 lokasi masjid dan surau yang berbeza zon iaitu di Zon Sierra Perdana dan Zon Masai.

Bagi program berbuka puasa dan solat maghrib bersama Datuk Bandar Pasir Gudang telah dilaksanakan di Surau Raudhatul Jannah, Zon Sierra Perdana. Manakala bagi program Solat Tarawih telah diadakan di Masjid Muhajirin, Zon Masai.

Sepanjang program berlangsung, YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menghulurkan sumbangan bakul makanan Yayasan Pasir Gudang kepada 10 orang terpilih dari golongan asnaf bagi setiap zon kawasan masjid dan surau yang terlibat.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top