PASIR GUDANG : Zon Mawar dan Zon Air Biru merupakan lokasi bagi hari ke-5 (14 April 2022, Khamis) Program “Iftar Jamaie, Imarah Tarawih” bersama Datuk Bandar Pasir Gudang bersempana bulan Ramadhan.

Bagi lokasi Zon Mawar di Surau Al-Barakah, telah diadakan majlis berbuka puasa dan solat maghrib bersama Datuk Bandar Pasir Gudang, namun telah diwakili oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Yusof bin Abd Wahab, Timbalan Setiausaha, Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Manakala bagi lokasi Zon Air Biru pula di Masjid Al-Ittihad, telah dilaksanakan solat isyak dan tarawih bersama-sama para jemaah masjid di sana.

Selain itu, pemberian sumbangan bantuan bakul makanan Yayasan Pasir Gudang turut berjaya disalurkan kepada 10 orang penerima asnaf terpilih kepada setiap masjid dan surau di zon masing-masing.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top