PASIR GUDANG : Di Zon Bukit Dahlia dan Zon Cendana pada 18 April 2022 telah selesai dilaksanakan program “Iftar Jamaei, Imarah Tarawih” bersama Datuk Bandar Pasir Gudang bagi hari yang ke-7.

Program berbuka puasa dan solat maghrib bersama ahli jawatankuasa dan para jemaah telah dimulai di Zon Bukit Dahlia yang berlokasi di Surau As-Sobirin. Manakala solat tarawih pula dan menyantuni para jemaah diteruskan di Masjid An-Nur, Zon Cendana.

YBhg. Tuan Haji Mohd Yusof bin Abd Wahab, Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) selaku wakil rasmi kepada Datuk Bandar Pasir Gudang telah hadir di kedua-dua lokasi di Zon yang terbabit untuk menyempurnakan program.

10 orang penerima dari kalangan ansaf bagi setiap masjid dan surau yang terlibat mengikut zon telah menerima sumbangan bakul makanan Yayasan Pasir Gudang yang telah disampaikan sendiri oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Yusof bin Abd Wahab.

Turut serta meraikan program bersama adalah Encik Madyasir bin Ahmad Basir, Ahli Majlis MBPG (Zon Bukit Dahlia) dan Encik Mohammad Iqbar bin Abdul Rani, Ahli Majlis MBPG (Zon Cendana).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top