PASIR GUDANG : Sesi jelajah program Kelestarian Kesihatan Komuniti, anjuran Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Masai telah diteruskan lagi dan kali ini dilaksanakan di kawasan zon penduduk komuniti perumahan Masai.

Tujuan utama Yayasan Pasir Gudang meneruskan lagi jelajah program Kelestarian Kesihatan Komuniti adalah bagi memastikan penduduk komuniti di kawasan zon lain juga turut menerima manfaat dan kebaikan dari saringan kesihatan percuma yang pernah dilakukan di kawasan zon yang terlibat sebelum ini.

Di samping itu juga, saringan kesihatan pada masa kini amatlah digalakkan dan perlu dititikberatkan oleh masyarakat terutama bagi memastikan tahap kesihatan masing-masing berada pada tahap yang memuaskan.

Oleh sebab demikian, Yayasan Pasir Gudang telah mengambil inisiatif untuk meneruskan jelajah program ini untuk memudahkan mereka mendapatkan nasihat secara terus dan percuma dari pihak Klinik Kesihatan Masai dan secara tidak langsung mampu mengubah gaya hidup yang lama ke arah yang lebih baik dan sihat bersama keluarga.

Antara pengisian program yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung adalah :

1. Saringan kesihatan
2. Saringan ujian kesihatan serviks
3. Saringan jisim BMI
4. Tahap glukosa dalam darah
5. Tahap tekanan dalam darah
6. Tahap kolestrol dalam darah
7. Pameran kesihatan

Yayasan Pasir Gudang juga tidak melupakan terhadap keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Oleh sebab demikian, Yayasan Pasir Gudang turut mengadakan sumbangan Yayasan Pasir Gudang kepada penerima terpilih dari kawasan perumahan zon Masai.

Mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang bagi menyempurnakan program serta menghulurkan sumbangan kepada penerima yang hadir adalah YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas.

Turut hadir sepanjang program ini dilaksanakan adalah Encik Madyasir bin Ahmad Basir, (Ahli Majlis MBPG Zon Masai), Puan Shahriah binti Ismail (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang), ALPA, Ahli Majlis MBPG serta Ketua Kampung.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top