PASIR GUDANG : Seperti yang dijanjikan, program Kelestarian Kesihatan Komuniti anjuran Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Masai yang akan dilaksanakan di zon penduduk komuniti Rumah Pangsa Taman Desa Rakyat Perdana telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Sepanjang program ini dilaksanakan di Dewan Terbuka Rumah Pangsa Taman Desa Rakyat Perdana, terdapat pelbagai pengisian program yang berjaya di manfaatkan oleh penduduk komuniti dan di antaranya adalah :

1. Saringan jisim BMI (berat badan)
2. Tahap glukosa dalam darah
3. Tahap tekanan dalam darah
4. Tahap kolestrol dalam darah

Antara tujuan program ini terus dilaksanakan di kawasan zon perumahan penduduk komuniti yang lain adalah disebabkan galakkan dan kesedaran penduduk komuniti mengenai kepentingan saringan kesihatan dalam memastikan tahap kesihatan mereka pada tahap yang positif dan memuaskan.

Melalui program sebegini, setiap peserta yang hadir akan menerima khidmat nasihat secara langsung tentang tahap kesihatan masing-masing dari pihak Klinik Kesihatan Masai menerusi saringan kesihatan yang diadakan secara percuma. Hal ini secara tidak langsung akan mengubah gaya hidup dan pemakanan seharian mereka ke arah yang lebih baik dan sihat pada masa mendatang.

Selain dari aktiviti saringan kesihatan, Yayasan Pasir Gudang juga tidak melepaskan peluang untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik dan memerlukan menerusi sumbangan Yayasan Pasir Gudang kepada penerima terpilih dari kawasan penduduk Rumah Pangsa Taman Desa Rakyat Perdana.

Sumbangan Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top