PROGRAM KOLOKIUM JATI DIRI BANGSA

PASIR GUDANG : Pada 10 September 2022 (Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya bagi program Kolokium Jati Diri Bangsa di Dewan Teater Universiti Kuala Lumpur MITEC, Pasir Gudang.

Program ini telah melibatkan 200 pelajar dari 3 buah sekolah bagi pelajar tingkatan 6 (STPM) iaitu SMK Dato’ Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 2 dan SMK Johor Jaya 1 di bawah anjuran bersama Persatuan Penulis Johor (PPJ), Yayasan Pasir Gudang dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (PPD).

Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi membantu para-para pelajar STPM untuk lebih mengenali sejarah, pengajian am dan prinsip-prinsip jati diri bangsa yang perlu difahami terutama negeri Johor melalui penyampaian dalam konteks ilmiah dan fakta oleh panel tetamu dan pensyarah jemputan khas daripada pelbagai latar belakang Universiti.

Antara panel tetamu dan pensyarah jemputan khas tersebut adalah :

1. Prof. Dr. Kassim bin Thukiman, Ahli Jemaah Diraja Johor.

2. Dr. Md Akbal bin Abdullah, Jabatan Sains Sosial, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

3. Encik Noor Azleen bin Ambros, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Wakil Rasmi Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas.

Turut serta sepanjang program ini berlangsung adalah Encik Amiruddin bin Md Ali Hanafiah (Ketua Satu Persatuan Penulis Johor), Dr. Mazlan bin Md Wahid (Timbalan Dekan IIIP UniKL), Encik Baharudin bin Ishak (PPD Pasir Gudang), Ahli Majlis MBPG serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top