Berita baik buat para belia di Pasir Gudang bahawa Binary University berbesar hati ingin memberikan tajaan penuh bersyarat buat 80 orang pelajar terpilih khususnya dari kalangan B40 untuk mengikuti Program Latihan Keusahawan dan Pengurusan.

Program ini merupakan usaha kerjasama diantara Binary University bersama Yayasan Pasir Gudang dalam membantu melahirkan usahawan muda, mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan kerjaya dalam kalangan belia di Pasir Gudang.

Terdapat 2 program tajaan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar iaitu :

1. Program : Professional Certificate In *Entrepreneurship *

– Tempoh : 2 Bulan (2 kali seminggu)

– Sasaran : Berumur 18 tahun sehingga 21 tahun

– Yuran/ Peserta : RM9,000 (Ditaja oleh Binary University)

– Bilangan dibuka : 40 Orang Pelajar

____________

2. Program : Professional Certificate In Office Administration

– Tempoh : 2 Bulan (2 kali seminggu)

– Sasaran : Berumur 18 tahun sehingga 21 tahun

– Yuran/ Peserta : RM9,000 (Ditaja oleh Binary University)

– Bilangan dibuka : 40 Orang Pelajar

____________

Setiap program akan dikendalikan oleh pihak Binary University selama 2 bulan bagi setiap peserta yang terpilih.

Jangan melepaskan peluang keemasan ini✨ dan permohonan boleh dilakukan dengan mengisi segala butiran peribadi di Qr Code di poster yang disediakan.

Segala pertanyaan boleh menghubungi :

1. 03-80706590 (Binary University)

2. 07-2547814 (Yayasan Pasir Gudang)

Setiap permohonan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top