GIATMARA Johor Bahru dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang akan melaksanakan program Pengambilan Pelatih GIATMARA Johor Bahru bagi sesi Januari 2022 yang akan dibuka tempoh pendaftaran pada 2 Januari 2023 sehingga 19 Januari 2023.

Berita baik buat setiap peserta yang menyertai program ini✨, yuran pendaftaran bagi setiap kursus latihan yang ditawarkan akan ditaja oleh Yayasan Pasir Gudang.

Bukan setakat itu sahaja, setiap peserta juga akan diberikan elaun sebanyak RM 200 setiap bulan daripada GIATMARA Johor Bahru sepanjang tempoh kursus latihan dilaksanakan.

Bagi cawangan GIATMARA Johor Bahru pula, terdapat 2 latihan kursus yang ditawarkan dan masih terdapat kekosongan iaitu :

🔸 Teknologi Sistem Komputer
🔶 Confectionary dan Bakery

Sepanjang tempoh kursus latihan ini berlangsung, lokasi latihan kursus akan dilaksanakan di :

📍GIATMARA Johor Bahru, No.2 Jalan Mawar 46, 81700 Pasir Gudang, Johor.

————————————————————————–>>>

Namun begitu, setiap peserta perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti :

1. Pelajar / peserta mestilah beralamat tetap di kawasan Pasir Gudang dan Tebrau.

2. Mestilah mengikuti kursus yang ditawarkan dan dipersetujui oleh Yayasan Pasir Gudang.

3. Mestilah berdaftar melalui Yayasan Pasir Gudang.

4. Berumur 15 tahun dan ke atas serta bumiputera.

————————————————————————–>>>

Bagi sesiapa yang berminat, boleh mendaftar permohonan melalui :

1. Link yang disediakan di bawah :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdBuZPNFvaxTNMHAAhrJqYSU4o2nW82FoHVIappDf0yCVKBzw/viewform?usp=sf_link

Atau

2. Imbas QR Code yang disediakan di poster yang terbabit.

Sebarang pertanyaan yang meliputi syarat dan info berkaitan program ini, boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah :

1. Pejabat YPG : 07-254 7874
2. Pejabat GIATMARA Johor Bahru : 07-251 8288

Apa tunggu lagi !!!, jom beramai-ramai sertai program yang disediakan ini dan sebarkan kepada rakan, sahabat, saudara dan ahli keluarga anda✨ bagi berkongsi manfaat yang disediakan.

#JaminanMasaHadapan
#GIATMARAJohorBahru
#YayasanPasirGudang
#PGPrihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top