PASIR GUDANG : Pada 14 April 2022 (Khamis), Yayasan Pasir Gudang juga berkesempatan mengadakan program penyampaian sumbangan Ramadhan Yayasan Pasir Gudang kepada penerima terpilih di Dewan Terbuka Jalan Kijang, Taman Scientex dengan seramai 66 orang penerima.

Sumbangan bantuan bakul makanan dan wang tunai secara “one-off” telah berjaya disalurkan kepada penerima oleh Dato’ Mohd Amin bin Ahmad, mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Turut serta adalah Puan Hajah Haryati binti Ismail, Ahli Majlis MBPG (Zon Scientex 1), Encik Nooraizam bin Rowaji, Ahli Majlis MBPG (Zon Nusa Damai), Puan Shahriah binti Ismail dan Encik Indraputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top