PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menganjurkan program penyampaian sumbangan kepada keluarga yang memerlukan oleh Yayasan Pasir Gudang kepada penerima terpilih yang berada di zon kawasan kejiranan Rumah Pangsa Balau, Taman Rinting.
Penerima terpilih yang hadir ini telah menerima sumbangan berupa wang tunai “one-off” dan barangan keperluan daripada Yayasan Pasir Gudang.
Melalui program sebegini, kita dapat melahirkan masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain di saat mereka memerlukan bantuan dan hal ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan sillaturahim di antara penduduk komuniti.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Noor Azleen bin Ambros, Ahli Majlis MBPG bersama Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.