| 22 April 2022 | Jumaat |

JOHOR BAHRU : Hari ini, di Masjid Kg Plentong Baru telah berpeluang mengadakan program Penyampaian Sumbangan Ramadhan Yayasan Pasir Gudang kepada masyarakat setempat yang terpilih daripada kawasan Zon Permas dan Zon Plentong.

Alhamdulillah, majlis yang seramai 83 orang penerima yang hadir untuk menerima sumbangan bakul makanan Yayasan Pasir Gudang serta wang tunai secara “one-off” telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Turut serta sepanjang majlis ini berlangsung adalah Encik Mohd Azhar bin Abdullah, Guru Naidu A/L Subramaniam, Puan Shahriah binti Ismail dan Encik Indraputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Moga pemberian sumbangan ini yang dilakukan di dalam bulan Ramadhan dapat menaikkan semangat dan membantu mengurangkan beban yang dirasai oleh penerima sepanjang menjalani ibadah puasa.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top