TEBRAU : Pada 27 April 2022, telah berlangsung dengan jayanya program Penyampaian Sumbangan Ramadhan Yayasan Pasir Gudang kepada penduduk komuniti di kawasan Zon Cahaya Baru Tg Langsat.

Majlis dengan seramai 190 orang penerima terpilih yang hadir telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg Kopok bagi menerima sumbangan berupa bakul makanan Yayasan Pasir Gudang dan wang tunai “one-off”.

Sesi penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram.

Turut meraikan program adalah Puan Rapenah binti Ali, Ahli Majlis MBPG (Zon Cahaya Baru Tg Langsat) dan Tuan Haji Herman Irmadi bin Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top