TEBRAU : Penduduk komuniti di kawasan Zon Sg Tiram juga tidak terlepas untuk menerima sumbangan Bakul Makanan Yayasan Pasir Gudang dan wang tunai “one-off” sempena program penyampaian sumbangan Ramadhan Yayasan Pasir Gudang.

Alhamdulillah, program yang telah diadakan di Kompleks Penghulu, Batu 17, Kg Sg Tiram dengan penerima terpilih seramai 260 orang telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima yang hadir.

Turut serta adalah Tuan Haji Herman Irmadi bin Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top