PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang telah mengambil inisiatif untuk terus melaksanakan program penyerahan sumbangan Asnaf Yayasan Pasir Gudang dan kali ini tertumpu kepada golongan Asnaf (penerima) yang tinggal di kawasan perumahan Rumah Pangsa Taman Mawar.
Setiap penerima terpilih yang hadir telah menerima sumbangan Yayasan Pasir Gudang yang disampaikan sendiri oleh Ketua WHIP Ahli Majlis MBPG iaitu Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad di Balai Serbaguna Rumah Pangsa Taman Mawar.
Antara tujuan lain program penyerahan sumbangan Asnaf Yayasan Pasir Gudang diteruskan adalah kerana masih terdapat ramai golongan asnaf terutama di beberapa zon kawasan yang terlibat memerlukan bantuan untuk mereka terus berjuang dalam mengharungi ujian kehidupan pada masa mendatang terutama dengan ekonomi semasa negara.