JOHOR BAHRU : Sesi penyerahan sumbangan Asnaf Yayasan Pasir Gudang telah diteruskan seperti biasa dan kali ini Yayasan Pasir Gudang berpeluang menyalurkan sumbangan Yayasan Pasir Gudang kepada penduduk komuniti kawasan Parlimen Johor Bahru iaitu penduduk komuniti rumah pangsa Ketapang, Taman Rinting.

Sebagaimana yang kita ketahui, golongan asnaf terdiri daripada individu yang kurang berkemampuan, kurang bernasib baik, fakir dan miskin dalam menjalani kehidupan seharian samada untuk diri sendiri ataupun untuk menanggung tanggungan keluarga mereka.

Oleh sebab demikian, Yayasan Pasir Gudang memperluaskan kawasan penyerahan sumbangan agar golongan asnaf di kawasan terlibat menerima manfaat dari program penyerahan sumbangan Asnaf Yayasan Pasir Gudang supaya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan ujian dan urusan harian mereka.

Sumbangan Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang kepada penerima terpilih yang hadir.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top